Hai guys, sejak berkerja ni dah lame xupdate blog, so harini nak share dengan korang perbezaan laksa di beberapa buah negeri yang pernah aku rase dan tempat yang aku nak recommend.
Laksa ade 2 jenis, laksa tepung beras dan laksa tepung gandum
Laksa tepung beras
die agak slippery bile makan dan kenyal
Laksa tepung gandum
die agak pejal, padat dan tak slippery. Bagi aku, fevret aku mestila laksa tepung gandum sebab senang nak makan dan rase lebih lazat dan kenyang
Kuah pulak ade 3 jenis jugak mengikut negeri :
Laksa Penang
kalau kat Penang orang panggil Laksa Penang, laksa die macam manis sikit, banyak rencah macam bawang dan kurang pedas
Laksa Penang ni selalu jual kt pasar malam. Aku pernah beli laksa Penang kat bazar Ramadhan Shah Alam, gerai tepi jalan kat Seksyen 7 kat sebelah Hakim. Tapi honestly aku kureng sikit dengan laksa Penang sebab bagi aku terlampau banyak rencah dan agak manis
Harga Lembah Klang RM5.00 ( memang nangis dok KL ni) semangkuk
Laksa Kuala Kangsar/Buyung
kuah die banyak cili dan ikan, so rase die agak masin dan sesedap rase pedas die
Mase kecik2 aku selalu makan kat Taufik, dekat arena Kuala Kangsar, rasenye sampai sekarang ade kot. Tapi lepas jumpe laksa kampung kat Kampung Lubuk Merbau, jalan menghala ke Lebuhraya Pantai Timur Grik, tu laksa paling ohsem dan paling sedap pernah aku rase. Kuah die masin sikit, pedas cukup rase, penuh ikan dan laksa jenis tepung gandum. Setiap meja akan diberi set otak udang, cili potong, dan telur utk add on. Telur +RM1.00 sebijik dan cili potong f.o.c. Antara Laksa yang femes lain sekitar KK, laksa Pak Ngah, laksa Pokok Limau. Tapi laksa aku pergi ni paling lejen antara laksa2 ni.
Foursqure pun ade tau : https://foursquare.com/v/projek-laksa-lubuk-merbau/4e609751a80951b317ae44fa
Harga RM2.50 -RM3.00 sepinggan, mungkin sekarang dah RM3, tapi still berbaloi berbanding kat KL.
Laksa Perlis/Kedah
kuah die kaler coklat sebab banyak ikan dan kurang cili, so kalau nak pedas kene makan dengan cili potong.
Aku penah makan laksa ikan sekoq yang pemes tu, tapi bagi aku so so la, tak cukup pedas dan rase ikan je. Then, pernah makan kat laksa kuale perlis yg pemes gak kt sebelah jeti Kuala Perlis, tapi tak boleh lawan laksa KK.
Harga Kedah/Perlis
RM4.00
So antara 3 tu, laksa KK la pemenang kat hatiku gitu. Itu hanya pendapat peribadi aku selaku penggemar laksa. So, mungkin ade yang minat manis or banyak ikan, terpulang kat masing2. Tapi kalau terkunjung ke Kuala Kangsar, boleh la pegi makan kat Laksa Lubuk. Kalau dulu yang makan laksa tu semua Melayu je. Tapi sekarang ni ramah dah orang Cine yang makan, kalau Cine makan tu maknanye memang best la laksa tu sebab orang Cine ni memang suke spend duit banyak2 utk makanan yang sedap.
