Monday, 19 September 2016

Tips Bercuti ke Bandung 2016 (Part 3)

Hari ke-3 kami plan pergi ke Kawah Putih di daerah Ciwila, arah bertentangan dari Tangkuban Perahu. Supir tukar kereta auto pula sebab semalam berhempas pulas bawa kereta manual dalam jem.

Perjalanan ambil masa 1-2 jam lebih dan pemandangan memang menarik semasa lalu kawasan ni sebab kurang moden dari ke arah Tangkubah. So dekat sini kita dapat lihat 'real' life kehidupan masyarakat tipikal Bandung. Macet dengan motorsikal macam biasa dan orang menjual dan bajaj.

Semasa dalam perjalanan, akan melewati kawasan barang kulit di Cibidayut, tempat yang orang rekemen untuk beli barang kulit dengan harga murah. Hari tu hari Ahad, jadi ade pasar malam di sebelah jalan di kawasan taman rekreasi.

Sampai di Kawah Putih, Supir macam biasa cakap nak bawa kereta sampai ke atas, sorang masuk 18k rupiah dan kereta 150k rupiah. So sebab still marah nak bayar untuk supir dan rasa agak membazir duit 150k tu, kami cadang naik bajaj yang disediakan. Overall naik bajaj takde la berhimpit dan sejauh di sangka, maybe sebab aku pregnant, so supir bajaj tu bawa kurang laju. So total masuk 75k rupiah untuk dua orang termasuk bajaj return (harga lokal) murah kan berbanding 200k rupiah kalau naik kereta.

Dari bawah ke kawasan kawah putih ambil masa 5 minit saja menaiki bajaj. Sampai di Kawah Putih belum bau lagi sulfur tu, tapi dah prepare siap2 mask dari KL lagi, tapi actually still dapat bau lagi sulfur even pakai mask, tapi untuk protection for baby. But until now, taik hidung still berdarah sebab sulfur tu.

Kawah Putih memang saujana mata memandang, air kaler kelabu biru dengan pokok2 hitam seram tapi berbaloi untuk 1st timer kan. Tapi untuk kali kedua mungkin tak berbaloi untuk pergi sebab tak rasa berbaloi untuk pergi 2nd time, cukup la sekali saje. Kami lepak dalam 30 minit je kat situ then terus naik bajaj turun. Pergi just untuk ambil gambar kenangan je.

Turun dari Kawah Putih ade area gerai-gerai jual makanan dan souvenier, so untuk mengelak nak belanja Supir, kami makan je kat area tu, makan nasi timbel ayam dan nasi ayam goreng crispy, tu pun satu dalam belas2 ringgit, memang mahal Bandung ni. Kat sini jugak akan ade akak2 jual strawberry dan beri. Harga die jual xde la mahal sangat dalam 50k sekotak kecik tapi sebab dah tau harga dorang patut lagi murah, tak jadi beli.

Dah kenyang dan jamu mata, terus ajak supir balik Bandung, Supir nak bawa pergi tempat barangan kulit tapi kami ni warga muda yang tak pakai kulit, so suruh die berhenti kat tempat Rumah Kain Sulam. Supir kami tak pernah dengar tempat ni dan tak pernah bawa orang, nampak sangat kurang pengalaman. So, suruh die waze gan google je location, kami memang tak amik sebarang pelan internet, so hp kami juz untuk pandang jela. Akhirnya lepas tanye beberapa orang sampai juga kat Rumah Kain.


Rumah Kain ni terletak di kawasan perumahan di daerah Kopo. Dalam tu ade pelbagai jenis kain sulam, so kat sini rembat 1 helai kain sulam dan 1 telekung Siti Khadijah dan 1 kain cotton, Kain sulam dapat 130k sehelai kain pasang dalam 35-40rm dan telekung 60rm guna duit malaysia.
untuk maklumat lanjut : http://pakejmurahlawatanbandung.blogspot.my/2014/07/rumah-kain-sulam-kopo_16.html




Tips Bercuti ke Bandung 2016 (Part 3)

Hari ke-3 kami plan pergi ke Kawah Putih di daerah Ciwila, arah bertentangan dari Tangkuban Perahu. Supir tukar kereta auto pula sebab semalam berhempas pulas bawa kereta manual dalam jem.

Perjalanan ambil masa 1-2 jam lebih dan pemandangan memang menarik semasa lalu kawasan ni sebab kurang moden dari ke arah Tangkubah. So dekat sini kita dapat lihat 'real' life kehidupan masyarakat tipikal Bandung. Macet dengan motorsikal macam biasa dan orang menjual dan bajaj.

Semasa dalam perjalanan, akan melewati kawasan barang kulit di Cibidayut, tempat yang orang rekemen untuk beli barang kulit dengan harga murah. Hari tu hari Ahad, jadi ade pasar malam di sebelah jalan di kawasan taman rekreasi.

Sampai di Kawah Putih, Supir macam biasa cakap nak bawa kereta sampai ke atas, sorang masuk 18k rupiah dan kereta 150k rupiah. So sebab still marah nak bayar untuk supir dan rasa agak membazir duit 150k tu, kami cadang naik bajaj yang disediakan. Overall naik bajaj takde la berhimpit dan sejauh di sangka, maybe sebab aku pregnant, so supir bajaj tu bawa kurang laju. So total masuk 75k rupiah untuk dua orang termasuk bajaj return (harga lokal) murah kan berbanding 200k rupiah kalau naik kereta.

Dari bawah ke kawasan kawah putih ambil masa 5 minit saja menaiki bajaj. Sampai di Kawah Putih belum bau lagi sulfur tu, tapi dah prepare siap2 mask dari KL lagi, tapi actually still dapat bau lagi sulfur even pakai mask, tapi untuk protection for baby. But until now, taik hidung still berdarah sebab sulfur tu.

Kawah Putih memang saujana mata memandang, air kaler kelabu biru dengan pokok2 hitam seram tapi berbaloi untuk 1st timer kan. Tapi untuk kali kedua mungkin tak berbaloi untuk pergi sebab tak rasa berbaloi untuk pergi 2nd time, cukup la sekali saje. Kami lepak dalam 30 minit je kat situ then terus naik bajaj turun. Pergi just untuk ambil gambar kenangan je.

Turun dari Kawah Putih ade area gerai-gerai jual makanan dan souvenier, so untuk mengelak nak belanja Supir, kami makan je kat area tu, makan nasi timbel ayam dan nasi ayam goreng crispy, tu pun satu dalam belas2 ringgit, memang mahal Bandung ni. Kat sini jugak akan ade akak2 jual strawberry dan beri. Harga die jual xde la mahal sangat dalam 50k sekotak kecik tapi sebab dah tau harga dorang patut lagi murah, tak jadi beli.

Dah kenyang dan jamu mata, terus ajak supir balik Bandung, Supir nak bawa pergi tempat barangan kulit tapi kami ni warga muda yang tak pakai kulit, so suruh die berhenti kat tempat Rumah Kain Sulam. Supir kami tak pernah dengar tempat ni dan tak pernah bawa orang, nampak sangat kurang pengalaman. So, suruh die waze gan google je location, kami memang tak amik sebarang pelan internet, so hp kami juz untuk pandang jela. Akhirnya lepas tanye beberapa orang sampai juga kat Rumah Kain.


Rumah Kain Sulam Kopo ni terletak di kawasan perumahan di daerah Kopo. Dalam tu ade pelbagai jenis kain sulam, so kat sini rembat 1 helai kain sulam dan 1 telekung Siti Khadijah dan 1 kain cotton, Kain sulam dapat 130k sehelai kain pasang dalam 35-40rm dan telekung 60rm guna duit malaysia. Dan kain sulam jual kat sini 20k rupiah lagi murah dari yang jual kt Pasar Baru.
untuk maklumat lanjut : http://pakejmurahlawatanbandung.blogspot.my/2014/07/rumah-kain-sulam-kopo_16.html




Monday, 8 August 2016

Tips Bercuti ke Bandung 2016 (Part 2)

Part 1 : http://jerungcomel03.blogspot.my/2016/08/tips-bercuti-ke-bandung-2016.html

Selesai shopping di Pasar Baru dapat 1 helai kain sulam, 1 helai kain pelikat dan 1 helai telekung travel, kami bergerak ke destinasi seterusnya pada jam 11.00 pagi ke daerah Lembang.

Daerah Lembang terdapat banyak tarikan pelancong antaranya Tangkuban Perahu, Dusun Bambu, Farm House, Floating Market, dan tempat makan Kg Daun.

 Destinasi plan kami ialah Floating Market, Dusun Bambu,dan Kg Daun. Sepanjang perjalanan ke Lembang akan melalau Jln ke arah Rumah Mode dan FO lain. Perjalanan mengambil masa agak lama disebabkan jem. Pak supir cakap jalan jem sebab ramai org dari daerah lain seperti Jakarta dan Jogja datang berlibur ke Bandung. Di sebabkan kami melalui Farm House dulu, jadi singgah ke Farm House. Honestly speaking, nothing is interesting here except dapat free air susu coklat dan stoberi. Tiket masuk harga 6,000 IDR seorang dan tidak termasuk parking. So total lost dalam 70k untuk 3 orang termasuk supir -_-!!.

Dalam Farm House ade pet2 house, kambing biri2, ayam, arnab, rumah hobbit, anak lembu tenusu dll which nothing interest me dan ladang lembu di Kundasang is more interesting than this. Di sebabkan tak menarik di Farm House dan rase tak best sebab kena bayar harga untuk supir sekali, mood down, cancel terus pergi Dusun Bambu dan Kg Daun atas reason yang kami rase tempat akan sama je. Kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Floating Market. Floating Market pun xseindah yang disangka. Floating Market tak seperti di Hatyai yang kite rase excited untuk mencuba semua makanan. Tapi untuk tak mengecewakan diri lagi, beli la 10 cucuk sate kelinci (arnab) 30K IDR, lontong bandung 25K IDR. Bagi aku pertama kali makan sate arnab memang rase geli leher dan lontong rase agak light berbanding lontong kite. Kami tak pergi Tangkuban sebab bayaran agak mahal untuk seorang dan rase tak berbaloi utk masuk tempat just for view.

Balik dari Floating Market terus singgah ke Rumah Mode which is harga setara dengan mall kite, mampu milik tapi sebab kekurangan ongkos, hanya 20 minit je dalam Rumah Mode dan supir terus bawak kami ke Jalan Riau. Jalan Riau ade FO Blossom, Heritage, Donatella, dll. Di sini sempat beli baju baby dengan harga RM5 after less than juga sejadah mini 20k IDR 2 helai.

Dinner pula kami minta supir bawak ke kedai yang tak mahal. So die suggest di Ampera yang menyediakan makanan Sunda dengan harga berpatutan berbanding Alas Daun, untuk menjimatkan kos.  Makanan Sunda ni macam pilih-pilih lauk yang dah direbus kemudian di goreng semula. Masa kami datang, banyak lauk dah habis. So, kami ambil 2 ketul dan 2 pinggan nasi. Ulaman, dan air di beri percuma, total makan 42K IDR lebih kurang RM15.

Habis dinner kami suruh Supir bawak jalan-jalan balas dendam semalam hantar balik hotel awal sampai pukul 11 malam. Pusing-pusing Jalan  Braga tempat muda mudi di Bandung lepak dan kelab-kelab hiburan dan bar.

Sebelum pulang ke hotel, suruh Supir singgah di mart ala 7e untuk beli jajan untuk snack malam.

Hari Ketiga ( bersambung)

Monday, 1 August 2016

Tips Bercuti Ke Bandung 2016 (Part 1)

Aku baru balik dari babymoon dengan my husband ke Bandung dari 29.7.2016 hingga 1.8.2016.
Disebabkan aku tengah belon macam ikan buntal, jadi aku menggunakan khidmat supir untuk pertama kali ke Bandung atas khidmat nasihat kawan-kawan aku yang dah pergi Bandung.

Kos supir sehari 500k IDR =311RM mengikut harga semasa

So total kos supir untuk 2 hari setengah 1juta 300k IDR. Setengah hari 300k IDR untuk hari Jumaat, walaupun aku sebenarnya kurang puas hati dengan kos untuk setengah hari tu sebab dah janji so kene ditepati. Sebab? Sebab dia biarlah aku sorang je tahu, benda dah lepas.

#TIPS 1 : CARI SUPIR YANG DAH TERMASUK KOS MINYAK, PARKING, TIPS DEKAT PENJAGA JALAN DLL, SO KORANG TAK PAYAH EXTRA APA-APA LEPAS TU.

Aku menginap di Kenangan Hotel, Jalan Kebon Sireh atas saranan satu blogger aku jumpa ni sebab jarak ke Pasar Baru yang dekat dan juga outlet Kartika Sari lebih kurang 7 -10 minit dengan berjalan (katanya), tapi dah guna supir tu memang tak berjalan pun, semua di urus macam bos je. Rate Agoda yang aku dapat 79RM semalam untuk bilik deluxe + sarapan.

Komen tentang hotel :
1st impression ok-ok la, bilik luas, water heater ada bagi yang tak suka mandi air sejuk, katil king size, TV lcd (ada  banyak channel), ada mini peti sejuk dengan percuma 3 botol air botol sprite, coke, pepsi, 2 sachet kopi indomie, 1 botol air mineral, towel, shampoo , sabun mandi , air-cond (air cond lama so kena pandai-pandai ubah setting bagi sejuk).

Sarapan ada 4 pilihan, nasi goreng  & mie goreng (tapi bukan mie macam kite punya , tapi indomie segera) + telur dadar +air teh/kopi) , roti + jem, mie rebus ( indomie kuah)


Hari Pertama :

Dari airport ke pekan Bandung dalam lingkungan 4km saja, so, dalam 15 minit macam tu dah sampai mengikut keadaan trafik. Trafik di Bandung memang "macet" jam, tapi bukan sebab kereta/trafik light macam kat KL, tapi sebab jumlah motorsikal, angkut-angkut yang luar biasa dan bagi aku agak annoying.

Kami terus ke Jalan Dago sebab dah buang masa banyak tunggu supir lambat sampai, Jalan Dago banyak Factory Outlet. Tapi aku kurang minat sebab each kedai barang lebih kurang dan nampak macam imitate punya barang, so aku memang kurang berkenan dengan barang imitate ni.


Dinner di Wang Solo, ayam bakar set dengan ayam penyet + jus alpukat + ais kosong. Total lost 99,500 IDR yer termasuk tax. Di sini kedai bernama restoran semua ade 10% tax + servic mcm tu.


Hari ke-2 :

Sebab agak bad mood dengan kejadian semalam dan culture shock dgn Bandung punya trafik, pagi ni kami ke Pasar Baru dulu, Pasar Baru ada 7 tingkat, tingkat bawah pasar basah, D1 jual baju t-shirt, baju ala-ala sinetron Indon, dan jual kekacang dan pisang salai cheese, L1, jual telekung, lace dll, tapi semua barang sama je dah sebab aku pergi time orang baru bukak dalam 9 pagi macam tu, so pekedai tengah kemas-kemas barang. Oleh sebab  terpengaruh dengan tulisan blog yang aku baca, so aku pergi kedai-kedai yang femes di kalangan rakyat marhaen, macam :

Kain sulam : Sir Cinta, Pesona

Kat Persona aku tengok design agak kurang dan dia letak price sangat tinggi dalam 200k IDR, sebab aku ni jenis malas nak tawar dan design dia agak tak berkenan kat mata aku so aku terus ke Lantai 5, kedai Sir Cinta.

Kedai Sir Cinta pun design tak banyak, tapi ada la 1 berkenan tu pun dapat 150k IDR yang sebenarnya patut harga lagi murah dari tu untuk design yang lagi cantik.


Then aku nak cari telekung travel, pusing-pusing jumpa jugak 1 kedai ni dapat telekung travel dengah harga 40k IDR, dan husband beli kain pelikat atlas dapat 60k IDR. Bagi aku kain dia boleh tahan dan design tak merapu macam typical telekung travel.

Dah habis putar-putar, tengok telekung pun mcm biasa-biasa, maybe sebab aku jenis tak beli telekung untuk design. Harga range dari 50k hingga 200k IDR dari apa yang aku dengar masa putar-putar situ.

Kami ke lantai D1 untuk tengok kasut, kasut imitasi dijual dengan harga yang tak masuk akal, better tunggu sale kat MPO ke JPO ke lagi berbaloi. Putar-putar sampai ke tempat jual kacang-kacang, pisang salai cheese, kacang Bandung, baru jalan masuk dah ada orang offer makan kacang, so dapat la rasa kacang bandung, kacang kuda rangup, pisang salai, popia mini goreng, so dah rasa-rasa ni sebab tengok semua tempat sama ja, terus rembat pisang salai cheese 250gm 20k IDR, kacang bandung 1/2 kg 35k IDR, lepas kawtime dapat la turun harga 50k total. Sebenarnya kedai seterusnya lagi murah, tapi sebab malas nk kena rasa each, so ignore tanpa rasa bersalah.

Di luar Pasar Baru,ramai orang jual baso (bakso), batagor ( tauhu goreng), limau, mata kucing, pelam. Dari aku baca blog ramai cakap di kejar penjual-penjual keychain tapi mungkin sebab aku datang still awal, so tak ramai lagi penjual keychain tu, so dapat jalan dengan aman. Tapi kat luar ramai jual beg-beg kain bodoh tu, harga 1st dia tawar 80k, kemudian jadi 50k, bila dia nampak aku mcam berminat which is aku memang berminat, tapi laki aku tak bagi dan suruh aku jgn beli , tapi penjual tu terus ikut sampai la harga 40k IDR dia offer still aku masih berminat. Tapi sebab takde kepentingan sangat, so aku tak jadi beli.

#TIPS 2 : DATANG PASAR BARU PAGI UNTUK ELAK ORANG RAMAI, TAPI UNTUK ORANG YANG 1ST TIME DATANG, BETTER TUNGGU RAKYAT MALAYSIA LAIN DATANG, SO BOLEH LA JOIN DORANG BARGAIN, MORE IS MERRIER DAN DAPAT TAHU KEDAI MANA YANG MURAH ,

(bersambung),,,,







Sunday, 5 June 2016

Perbezaan Laksa Mengikut Negeri

Hai guys, sejak berkerja ni dah lame xupdate blog, so harini nak share dengan korang perbezaan laksa di beberapa buah negeri yang pernah aku rase dan tempat yang aku nak recommend.

Laksa ade 2 jenis, laksa tepung beras dan laksa tepung gandum

Laksa tepung beras
die agak slippery bile makan dan kenyal

Laksa tepung gandum
die agak pejal, padat dan tak slippery. Bagi aku, fevret aku mestila laksa tepung gandum sebab senang nak makan dan rase lebih lazat dan kenyang


Kuah pulak ade 3 jenis jugak mengikut negeri :

Laksa Penang
kalau kat Penang orang panggil Laksa Penang, laksa die macam manis sikit, banyak rencah macam bawang dan kurang pedas

Laksa Penang ni selalu jual kt pasar malam. Aku pernah beli laksa Penang kat bazar Ramadhan Shah Alam, gerai tepi jalan kat Seksyen 7 kat sebelah Hakim. Tapi honestly aku kureng sikit dengan laksa Penang sebab bagi aku terlampau banyak rencah dan agak manis

Harga Lembah Klang RM5.00 ( memang nangis dok KL ni) semangkuk

Laksa Kuala Kangsar/Buyung
kuah die banyak cili dan ikan, so rase die agak masin dan sesedap rase pedas die

Mase kecik2 aku selalu makan kat Taufik, dekat arena Kuala Kangsar, rasenye sampai sekarang ade kot. Tapi lepas jumpe laksa kampung kat Kampung Lubuk Merbau, jalan menghala ke Lebuhraya Pantai Timur Grik, tu laksa paling ohsem dan paling sedap pernah aku rase. Kuah die masin sikit, pedas cukup rase, penuh ikan dan laksa jenis tepung gandum. Setiap meja akan diberi set otak udang, cili potong, dan telur utk add on. Telur +RM1.00 sebijik dan cili potong f.o.c. Antara Laksa yang femes lain sekitar KK, laksa Pak Ngah, laksa Pokok Limau. Tapi laksa aku pergi ni paling lejen antara laksa2 ni.


Foursqure pun ade tau : https://foursquare.com/v/projek-laksa-lubuk-merbau/4e609751a80951b317ae44fa



Harga RM2.50 -RM3.00 sepinggan, mungkin sekarang dah RM3, tapi still berbaloi berbanding kat KL.

Laksa Perlis/Kedah
kuah die kaler coklat sebab banyak ikan dan kurang cili, so kalau nak pedas kene makan dengan cili potong.

Aku penah makan laksa ikan sekoq yang pemes tu, tapi bagi aku so so la, tak cukup pedas dan rase ikan je. Then, pernah makan kat laksa kuale perlis yg pemes gak kt sebelah jeti Kuala Perlis, tapi tak boleh lawan laksa KK.

Harga Kedah/Perlis
RM4.00


So antara 3 tu, laksa KK la pemenang kat hatiku gitu. Itu hanya pendapat peribadi aku selaku penggemar laksa. So, mungkin ade yang minat manis or banyak ikan, terpulang kat masing2. Tapi kalau terkunjung ke Kuala Kangsar, boleh la pegi makan kat Laksa Lubuk. Kalau dulu yang makan laksa tu semua Melayu je. Tapi sekarang ni ramah dah orang Cine yang makan, kalau Cine makan tu maknanye memang best la laksa tu sebab orang Cine ni memang suke spend duit banyak2 utk makanan yang sedap.



Sunday, 22 September 2013

Tips-tips ke Pulau Kapas, Terengganu

Sebelum aku nak story pasal pengalaman mengelilingi Pantai Timur + Utara tanah air, kat sini aku nak share pasal pengalaman aku di Pulau Kapas, Terengganu.

Pulau Kapas terletak di Marang, Terengganu dan perlu menaiki bot ke Pulau Kapas sebab kawan aku ambil pekej yang murah, so kitorang semua nak bot. Perjalanan menaiki bot dari Jeti Kelulut ialah 15-30 minit berdasarkan kelajuan pemanduan pemandu bot.

jeti pantai kelulut
sebuah bot minimum 4orang

Kami memilih Mak Cik Gemuk chalet + 3kali makan +snorkeling total sorang dalam rm140, sebuah chalet yang kami ambil ialah jenic C, ada satu katil queen, kipas dan katil, toilet dan bilik mandi kat luar yer. So, bagi perempuan macam aku ni agak susah sikit nak mandi ke, nak berak ke, sebab nak keluar semua nak kene berpakaian lengkap dan toilet di kongsi laki pompuan hokey.

pantai di hadapan chalet mak cik gemuk
sekita hadapan chalet


Perbelanjaan di Pulau Kapas
Chalet Jenis C RM110 untuk semalam +bot+3xmakan
(makan secara buffet, kene rebut cepat2 nanti lauk habis)
Snorkelling RM25
Goggles untuk snorkelling (wajib sebab tu je yang dibuat kat sana)  RM10
Kayak RM15
Total lost dalam rm148.50 sebab kayak dengan google kitorg share

Komen Chalet
Chalet jenis kayu mempunyai sebuah katil, kipas duduk sebab kipas atas rosak, sebijik plug. Keadaan chalet amat menyedihkan dengan taik cicak atas cadar, pasir atas lantai. So kene cuci dulu lantai, ade penyapu diletak di luar pintu.

Komen makan
 makan tengah hari -(12 tengah hari-1)
-nasi, lauk ayam kari, ikan habis, sayur kacang panjang dengan air sirap- boleh tahan

ikan goreng habes -_-!!

 makan malam- (mula 8 malam-9malam)
-nasi, lauk ayam, hilang memori makan malam, air laici ais
sarapan (7.00 pagi-9.00 pagi)
-nasi goreng, kuewteow goreng ( nasi goreng boleh tahan), 3 jenis minuman, teh susu, nescafe, kopi 0

Komen aktiviti
Snorkelling dekat chalet - first snorkelling memang syiok sebab ikan-ikan kaler belang2 sangat jinak dan berenang2 dekat dengan kite, kalau bagi roti lagi la dorg naik gile. Timun laut,gamat, dengan landak laut memang superb banyak.

pantai banyak obor dan ikan

Kayak - Pun syiok sebab rupenye atas dari tempat kitorg swimming, ade banyak coral cun2, so pusing2 pun xpuas

Snorkelling dekat satu tempat lain- tempat ni agak dalam, so coral tak sebanyak macam dekat tempat area chalet tu. Kat sini banyak obor-obor, so jage2 sebab sengatan obor2 tu buat korang xde mood nak buat aktiviti ape2 dah. Kat sini jugak ade coral besar2, dengan ade ikan clown fish (NEMO) tu..

Kesimpulannye:

Sebab aku xpenah snorkelling sebelum ni, so rase teruja tu sangat, tapi lama2 jadi boring sebab coral die kaler same je tak macam dalam national geographic yang dorang scuba tu. Tapi overall best.

Obor-obor sangat banyak tepi-tepi laut tu, so watch out jangan gatai tangan nak sentuh or berenang laju2.

Ikan sangat jinak dan banyak, coral pun banyak, naik geli tengok.

Tapi yang aku tak tau !!

Yang ni Pulau untuk rehat, bukan pelancongan macam Langkawi ke Pangkor, so kalau korang berangan macam aku nak cari baju t-shirt pulau kapas tu yang murah, memang xde la ok. T-shirt sehelai rm20 mcm tu. GRRRR.

pemandangan sekitar pulau










Saturday, 27 October 2012

How to change pendrive to RAM

This is a simple tutorial I got from somebody, it easy, simple and by now it still working.

1. First take a pendrive, more memory more better and put on the laptop/desktop.

2. Then click icon for pendrive and search properties.

3. In the properties, click ReadyBoost.

4. Choose, use this device, and choose how many memory you want to use as RAM.

5. Click Apply and Ok and it will work.

But first, ensure how many RAM that your laptop can support so that it will not crash.

It maybe will not perform as good as original RAM, but it worth to try.

Semoga berjaya~