Sunday, 22 September 2013

Tips-tips ke Pulau Kapas, Terengganu

Sebelum aku nak story pasal pengalaman mengelilingi Pantai Timur + Utara tanah air, kat sini aku nak share pasal pengalaman aku di Pulau Kapas, Terengganu.

Pulau Kapas terletak di Marang, Terengganu dan perlu menaiki bot ke Pulau Kapas sebab kawan aku ambil pekej yang murah, so kitorang semua nak bot. Perjalanan menaiki bot dari Jeti Kelulut ialah 15-30 minit berdasarkan kelajuan pemanduan pemandu bot.

jeti pantai kelulut
sebuah bot minimum 4orang

Kami memilih Mak Cik Gemuk chalet + 3kali makan +snorkeling total sorang dalam rm140, sebuah chalet yang kami ambil ialah jenic C, ada satu katil queen, kipas dan katil, toilet dan bilik mandi kat luar yer. So, bagi perempuan macam aku ni agak susah sikit nak mandi ke, nak berak ke, sebab nak keluar semua nak kene berpakaian lengkap dan toilet di kongsi laki pompuan hokey.

pantai di hadapan chalet mak cik gemuk
sekita hadapan chalet


Perbelanjaan di Pulau Kapas
Chalet Jenis C RM110 untuk semalam +bot+3xmakan
(makan secara buffet, kene rebut cepat2 nanti lauk habis)
Snorkelling RM25
Goggles untuk snorkelling (wajib sebab tu je yang dibuat kat sana)  RM10
Kayak RM15
Total lost dalam rm148.50 sebab kayak dengan google kitorg share

Komen Chalet
Chalet jenis kayu mempunyai sebuah katil, kipas duduk sebab kipas atas rosak, sebijik plug. Keadaan chalet amat menyedihkan dengan taik cicak atas cadar, pasir atas lantai. So kene cuci dulu lantai, ade penyapu diletak di luar pintu.

Komen makan
 makan tengah hari -(12 tengah hari-1)
-nasi, lauk ayam kari, ikan habis, sayur kacang panjang dengan air sirap- boleh tahan

ikan goreng habes -_-!!

 makan malam- (mula 8 malam-9malam)
-nasi, lauk ayam, hilang memori makan malam, air laici ais
sarapan (7.00 pagi-9.00 pagi)
-nasi goreng, kuewteow goreng ( nasi goreng boleh tahan), 3 jenis minuman, teh susu, nescafe, kopi 0

Komen aktiviti
Snorkelling dekat chalet - first snorkelling memang syiok sebab ikan-ikan kaler belang2 sangat jinak dan berenang2 dekat dengan kite, kalau bagi roti lagi la dorg naik gile. Timun laut,gamat, dengan landak laut memang superb banyak.

pantai banyak obor dan ikan

Kayak - Pun syiok sebab rupenye atas dari tempat kitorg swimming, ade banyak coral cun2, so pusing2 pun xpuas

Snorkelling dekat satu tempat lain- tempat ni agak dalam, so coral tak sebanyak macam dekat tempat area chalet tu. Kat sini banyak obor-obor, so jage2 sebab sengatan obor2 tu buat korang xde mood nak buat aktiviti ape2 dah. Kat sini jugak ade coral besar2, dengan ade ikan clown fish (NEMO) tu..

Kesimpulannye:

Sebab aku xpenah snorkelling sebelum ni, so rase teruja tu sangat, tapi lama2 jadi boring sebab coral die kaler same je tak macam dalam national geographic yang dorang scuba tu. Tapi overall best.

Obor-obor sangat banyak tepi-tepi laut tu, so watch out jangan gatai tangan nak sentuh or berenang laju2.

Ikan sangat jinak dan banyak, coral pun banyak, naik geli tengok.

Tapi yang aku tak tau !!

Yang ni Pulau untuk rehat, bukan pelancongan macam Langkawi ke Pangkor, so kalau korang berangan macam aku nak cari baju t-shirt pulau kapas tu yang murah, memang xde la ok. T-shirt sehelai rm20 mcm tu. GRRRR.

pemandangan sekitar pulau










1 comment:

  1. bazyliss nano titanium - Titanium Arts
    Bazyliss Nano Titanium. This product is titanium trim reviews an excellent addition to the nano titanium online game babyliss pro nano titanium flat iron library and titanium flat iron is suitable for high guy tang titanium toner quality game players.

    ReplyDelete