Part 1 : http://jerungcomel03.blogspot.my/2016/08/tips-bercuti-ke-bandung-2016.html
Selesai shopping di Pasar Baru dapat 1 helai kain sulam, 1 helai kain pelikat dan 1 helai telekung travel, kami bergerak ke destinasi seterusnya pada jam 11.00 pagi ke daerah Lembang.
Daerah Lembang terdapat banyak tarikan pelancong antaranya Tangkuban Perahu, Dusun Bambu, Farm House, Floating Market, dan tempat makan Kg Daun.
Destinasi plan kami ialah Floating Market, Dusun Bambu,dan Kg Daun. Sepanjang perjalanan ke Lembang akan melalau Jln ke arah Rumah Mode dan FO lain. Perjalanan mengambil masa agak lama disebabkan jem. Pak supir cakap jalan jem sebab ramai org dari daerah lain seperti Jakarta dan Jogja datang berlibur ke Bandung. Di sebabkan kami melalui Farm House dulu, jadi singgah ke Farm House. Honestly speaking, nothing is interesting here except dapat free air susu coklat dan stoberi. Tiket masuk harga 6,000 IDR seorang dan tidak termasuk parking. So total lost dalam 70k untuk 3 orang termasuk supir -_-!!.
Dalam Farm House ade pet2 house, kambing biri2, ayam, arnab, rumah hobbit, anak lembu tenusu dll which nothing interest me dan ladang lembu di Kundasang is more interesting than this. Di sebabkan tak menarik di Farm House dan rase tak best sebab kena bayar harga untuk supir sekali, mood down, cancel terus pergi Dusun Bambu dan Kg Daun atas reason yang kami rase tempat akan sama je. Kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Floating Market. Floating Market pun xseindah yang disangka. Floating Market tak seperti di Hatyai yang kite rase excited untuk mencuba semua makanan. Tapi untuk tak mengecewakan diri lagi, beli la 10 cucuk sate kelinci (arnab) 30K IDR, lontong bandung 25K IDR. Bagi aku pertama kali makan sate arnab memang rase geli leher dan lontong rase agak light berbanding lontong kite. Kami tak pergi Tangkuban sebab bayaran agak mahal untuk seorang dan rase tak berbaloi utk masuk tempat just for view.
Balik dari Floating Market terus singgah ke Rumah Mode which is harga setara dengan mall kite, mampu milik tapi sebab kekurangan ongkos, hanya 20 minit je dalam Rumah Mode dan supir terus bawak kami ke Jalan Riau. Jalan Riau ade FO Blossom, Heritage, Donatella, dll. Di sini sempat beli baju baby dengan harga RM5 after less than juga sejadah mini 20k IDR 2 helai.
Dinner pula kami minta supir bawak ke kedai yang tak mahal. So die suggest di Ampera yang menyediakan makanan Sunda dengan harga berpatutan berbanding Alas Daun, untuk menjimatkan kos. Makanan Sunda ni macam pilih-pilih lauk yang dah direbus kemudian di goreng semula. Masa kami datang, banyak lauk dah habis. So, kami ambil 2 ketul dan 2 pinggan nasi. Ulaman, dan air di beri percuma, total makan 42K IDR lebih kurang RM15.
Habis dinner kami suruh Supir bawak jalan-jalan balas dendam semalam hantar balik hotel awal sampai pukul 11 malam. Pusing-pusing Jalan Braga tempat muda mudi di Bandung lepak dan kelab-kelab hiburan dan bar.
Sebelum pulang ke hotel, suruh Supir singgah di mart ala 7e untuk beli jajan untuk snack malam.
Hari Ketiga ( bersambung)
No comments:
New comments are not allowed.